Monday 23 May 2011

Kebaikan Bersauna

10 KHASIAT DAN KELEBIHAN MANDI WAP
     
    1. Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin
     
    2. Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
     
    3. Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury
     
    4. Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll.
     
    5. Meningkatkan sistem kardiovascular
     
    6. Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
     
    7. Melancarkan peredaran darah
     
    8. Meningkatkan sistem immunisasi badan
     
    9. Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki
     
    10. Meningkatkan tahap metabolisma

      1 comment:

      1. Keluarkan Toksin dari tubuh
        Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.

        Meningkatkan metabolisme
        Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!Kurangkan stress
        Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai

        Sembuhkan masalah kulit
        Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

        Membunuh bakteria & virus
        Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya me‘nyah‘ toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.Tips Untuk Kesihatan:
        Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali.
        Tiga (3) kali penggunaan seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian.
        Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan.
        Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.Berat badan akan turun sekiranya anda bersauna secara konsisten atau tetap setiap minggu 3-4 kali seminggu.

        Bersauna secara konsisten akan memecahkan lemak-lemak & kolesterol baru & lama. Ini boleh mengelakkan dari penyakit jantung, darah tinggi & strok serta melancarkan perjalanan darah; sekaligus memberikan kesihatan dalaman dan luaran yg terbaik kepada anda!!

        ReplyDelete

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...